Sunday, February 13, 2011

Pulau Sipadan – 1st Entry!!

Hahaha Yess!! Finally dapat gak peluang nak menulis kat blog ni. Ooops mesti korang x paham kan..Ce korang tengok title blog ni..Saya & Dia kn? Ehem kali ni yang menulis adalah si DIA ;-).
So 1st entry yg nak dikongsi kat sini bout Pulau Sipadan Sabah. Sebenarnya entry yang si DIA tulis bukanlah holiday trip. Jez trip sampingan masa kerja outstation. G sini pun sebenarnya last year. Amek gambar je lebih xtau nak letak mana so memandangkan si SAYA ada blog, apalagi tumpang sekaki la..A big hug to you my wife..hehe.

Ok back to the point. Last year ada g outstation ke Tawau ngan Samporna & masa outstation ni kadang-kadang dpt offer untuk jalan2. This time ke Pulau Sipadan, Sabah. Jeti ke Pulau Sipadan ni ada kat Semporna. Semporna ni mcm perkampungan nelayan & penduduknya ramai Bajau Laut. 

 Gambar ni view dari hotel tapi dh xingat nama hotel dh la..Ikan yg diorang jual ni fresh2 & besar2 gak woo…

 Semporna ni pulak memang kat tepi laut & rumah banyak style atas air.

Masa perjalanan ke Pulau Sipadan ni bergantung kat bot apa yg korang naik..kalau bot tu laju, cepat la sampai. Haritu naik bot besar n lempi so amek masa 1 jam 30 min gak la..

 Asap bot berkepul-kepul..Pencemaran betul lah..

 Ni bukan Sipadan tapi tertarik plak tgk pulau ni..kecik je, siap ada org  picnic kat situ padahal tgh laut ni..

 
Yeay dh sampai..Ni la Pulau Sipadan. Kecik je & nak masuk sini kene ada kelulusan & bayar kat Jabatan Hutan kot (lupa sbb aku xbyr pun..hehe ) sbb ada kuota berapa orang je boleh ada atas pulau ni satu2 masa. Bot besar kitorang stop jauh sket dari pulau ni (takut pencemaran ngan coral boleh rosak bot besar sgt) & bot kecik yang memang ada kat pulau ni amek ktorang.

 
Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.-wikipedia

 
Tapi jgn expect pape la kalau korang  jez duduk kat atas pulau ni..Kat atas pulau ni ada bangunan kayu ni je. Yg cantiknya kat bawah, tgk coral, ikan2..kena ada lesen dive la plak.

Tahun 2009, air sampai setakat anak panah tu je, baru je setahun tgk la. Bwh ank panah  yang ada tompok hitam tu bekas tapak rumah askar yang duduk kat situ. Pulau Sipadan ni bentuk dia mcm Cendawan, bersambung kat dasar. Diorang cerita, xlama lg pulau ni mungkin akan tenggelam sepenuhnya atau patah batang dia yang mcm cendawan tu sbb ada researcher yang wat kajian kata ada ‘crack’ kat batang pulau ni.Kalu korang berdiri atas pulau ni mesti akan rasa bergoyang-goyang ikut alunan air laut ni..scary gak kdng2..huhu

 
Tapi korang tgk air dia memang jernih..nampak la ikan yang lalu lalang..superb lah!

Ha kat atas pulau ni ada bangunan mcm ni je..haha teruk kan..Askar je yang bole overnight kat atas ni..diver, pelancong kena balik kul 6pm rasanye. Xbole la nk wat camping ke kat sini.Askar ni jaga pulau ni sbb kes Tuntutan Indonesia ke atas pulau ni ngan Pulau Ligitan dulu.

papehal pun, sape yang ada lesen diving mmg wajib dtg sini. Tp kalu nk snorkeling pun boleh tp kat tepi2 pulau ni je la. Ada beberapa pulau lain yang cantik & bole bermalam kat situ mcm kat pulau mataking. Tapi xde pics sbb tertido time balik tu..hahaha. (by si DIA.)

No comments:

Post a Comment