Wednesday, February 23, 2011

Medan Ikan Bakar Pantai Jeram

Kali ini kami lepas gian makan seafood di Medan Ikan Bakar Jeram... dah lame x makan sutun goreng tepung dia...memandangkan hanya saya & dia sahaja..makan xla banyak..tapi bila order dah sampai atas meja..tersedak jugek nak habiskan...
lokasi di Jeram, sampai je traffic light jeram masuk kiri then straight je sampai la destinasi...tapi ada 2 tpt makan sbnrnya kat situ...so depend la nak try yg mane...kami mmg dr zaman jahiliah makan kat kedai ni...murah!
 ni tgk jek...dia kate makan crab fillet lagi senang...xyah nak gigit2 ketuk2...
 ikan semua fresh...
 ini misi utama makan kat sini..sutun ooo sutun
 sbb nak lepak lame sikit amik 1 plate....1 hal nak abeskan..mengah!
 actually kedai ni dulu buruk gile...then dia JV dgn MDKS refurbish & renovate balik kedai ni...skang nampak pleasant sikit...
 ada covered table and open air..
kami suke duduk tepi boatparking ni...kalau air pasang..sampan2 ni drive through je beli air..haha
 ni yg xlarat nak abiskan...
 sotong goreng tepung yg terrrbaik!
 ni kuah ikan bakar diorg..sdp 
 side order dia mesti tomyam!
and my fav Kerapu goreng kicap...

harga dia mmg murah... if g kedai lain mmg dah kene RM80+++ or RM100++ kott...
ours is only RM46++ for me murah...sbb ikan besa and actually our food boleh makan untuk 4-5 pax..bayang la banyak ke x! tapi saya rase harga fluctuate ikut market price...so hapeee lagi...meh la dtg sini...
(next time bawak family la makan 2 org penuh 1 meja..sume org toleh..haha tau la kami gebusss huuu)

Tuesday, February 15, 2011

Sarawak Tok..

Actually terjumpa pics ni kat pc office ni..Sambil menunggu the next outstation bolehla update blog ni..hehe. This time around the place was Kuching, Sarawak. Kat Kuching ni aku suka mkn 2 jenis makanan - 1) mee kolok, 2) Laksa sarawak..

Tp entry ni bukan nak cite pasal makanan pun. Sj nak kongsi beberapa gambar yg xseberapa ni. Enjoy!


 Ni la hotel yang selalu aku booking bila stay kat Kuching. Xdela best sangat. Member pernah la mengamuk kat cafe hotel ni sebab makanan dah abes pastu diorang wat bodo je xreti nk refill. Tp price hotel ni affordable la untuk location dia yg memang strategik..Betul-betul depan waterfront. Hotel lain yg kat area waterfront harga dia mmg superb la..Area waterfront ni banyak kedai kraftangan. Tapi kedai slalu tutup awal. Dlm kul 6pm dh tutup semua. Mmg slalu xde nk beli pape so decide nk g seberang naik tambang lah..

 Ha ni la dia cara nak g seberang Petrajaya selain jln darat..Dekat je tapi orang kata kat sungai ni ada buaya. Tp nak naik punye pasal redah je la...Tambang dia yang best. Suka hati korang la nk letak berapa pun. Orang2 kat sana aku tgk letak 10sen, 20 sen je. Lgpun pakcik yang mendayung ni bukan mendayung sgt pun, pakai enjin sangkut gak.. Tp sebab mcm kesian kat pakcik ni bgla la rm2..xbnyk mana pun..huhu

 Dh sampai sini nk wat ape plak ek? Tanye la orang apa yg best kat sini so end up kat kedai kek Lapis Dayang Salhah..Glamer gak tempat ni, ramai yg dtg. Berkoyan-koyan org membeli kek lapis ni..

 Ni front door dia..tempat ni mcm tersorok sket. tp senang nk jumpe..Follow je orang lalu lalang kat sini. Mesti diorang pun nk g sini beli kek lapis..haha confident je..

 Ada banyak jenis kek lapis jual kat sini..Price range dr rm 10 sampai ke rm 50..Tp yang melambak kat luar ni rm 10 je..Actually kate org sini, kek lapis yg rm 10 ni murahan punye, untuk bg jiran2 je. Kalu nk beli untuk makan sendiri g la beli yang pakai buttercup..Diorang suggest g kat kedai kek lapis yang kat Satok tu. Nama kedai tu kek lapis sarawak Di Wanie..mmg lain la rasanye..

 ha yg ni antara lain tarikan kat Sarawak..g kat Pasar Serikin. Pasar ni letaknya kat sempadan Sarawak ngan Kalimantan. ni kira mcm padang Besar or Bkt Kayu Hitam la..panjang gak pasar ni kalu jalan sampai hujung lepas la kat Kalimantan tu.

 Mcm2 ada kat sini. Tp yg standard ada setiap kedai Telekung, Kain Baju ngan jaket..kat area depan pasar ni ada la tikar sarawak..murah gak la tp nk bawak balik kena pos la.

 Balik daripada pasar serikin singgah jap kat Gua Angin kat area Bau. Nak masuk gua ni kena bayar rm2 kalu xsilap.

 ha ni la keadaan kat dalam..GELAP..kalu korang xde torchlight, lupakanla hasrat nak masuk sini. pegang taik kelawar je la jawabnya. xde apepun kat sini cuma gua ni dpt nama dia sbb gua ni dulu laluan angin..Org yg jaga gua ni kata dulu siap ada bunyi angin lalu kat gua ni. tp skang dh xde sbb one of tempat laluan angin tu dh tertutup.

 Next station please!! Pasar Tamu kat Satok..pasar ni tempat org2 kg area Sarawak ni jual hasil2 hutan, sayur dll. Mcm pasar kat semenanjung tu gak. cuma kat sini ada la brg2 kayu hutan sarawak & ikan terubuk masin! benda wajib kat Sarawak ni.

 Harga dia ikut saiz..tp xpernah beli pun..(dpt free slalu kot..hahaha)

 Ada part kat pasar ni tempat diorang wat ikan terubuk masin ni.. sempat la p tgk. Style gak cara diorang potong ikan ni buang isi pastu letak sekilo garam!

 Agak mcm dh penat gak seharian berjalan kat Kuching ni..time to go home..ada la beli brg2 sket dr tempat yg dh g kat atas td..2 my wife "kamek sayang gilak ngan kitak" hehe..tu je la yg aku tau..waiting 4 the next visit tp xtau la bila lg..next time akan try g tempat lain plak. - si DIA

Sunday, February 13, 2011

Wat Gapo Sg Golok??

Standard la outstation lg..Kelantan destinasi seterusnya..Kerja abes awal, so nk berjalan la kot. Time tu kat pengkalan Kubor. Nak shopping xde duit la plak so apelagi jalan je la. Tapi this time jln bkn pakai kaki, tp naik bot. Kalau dah kat Kelantan nak naik bot mana lagi tempatnya. Sg Golok je la. Apelah diorang ni ajak g sg Golok. Ada apa kat sana. Follow je la..


Ni la jeti tempat berlepas..haha..lokasi dirahsiakan.

Text Box: SAYA & DIAKorang ingat McD je ada drive thru??  Ha kat Golok ada kedai runcit drive thru..yg best drive thru pakai sampan..hahaha

Fuiyoo best gak bot kali ni..laju….

Sebelah kiri tu Malaysia, sebelah kanan Thailand..bole berenang je..ada lg port yang dekat.kalau time air surut, redah sungai jalan kaki je.

Yang ni tggu turn nak masuk Thailand..

Sebab sempadan kecik je, ramai la yg amek peluang..apa yg diorang wat? Seludup la..pic atas ni diorang ngah seludup minyak petrol. Polis pun xleh wat pape sbb sempadan kecik, kalu diorang kat sempadan diorang, polis Malaysia xbole tangkap. 

Ni pekan Siam seberang Sg Golok..ktorang xde la g sana..nk wat gapo sana??
Askar Siam banyak kat sempadan ni. Sepanjang masa pegang senapang tgk bot lalu lalang. Tp diorang xde hal kalu rakyat dia seludup ke apa. 

Orang kat sini cerita, ikatan kekeluargaan antara sempadan Malaysia ngan Siam ni kuat lg. Sebab tu xboleh nk bertegas sgt. Ramai anak2 diorang belajar kat sini. Naik bot je, xyh passport. Yang cons nye, banyak seludup. Beras, minyak, petrol mcm2..
Petang tu dh nak balik dh..dapat la sekampit beras Siam..hahaha (si DIA)

Menyusuri Sejarah Bukit Kepong

Outstation lg... kali ni ke Muar, Johor. Saja gatal mulut tanya apa yang best kat sini..ada orang bgtau segala mcm pes mee lah, otak2 & balai polis Bkt Kepong..Bkt Kepong? Huh, mcm style je g sana. Slalu tgk cite Jins Samsudin je. Ada lg rupenya bkt kepong ni..apalagi…Jom!

 Ha ni la dia pintu masuk Balai Polis Bkt Kepong..Nama je balai, polis ada brape ketul je pun. Ni kira diorang dh half convert jadi tempat sejarah siap ngan muzium.


 Bentuk asal Balai ni..yang ada skang ni yang dibuat balik lepas daripada insiden bkt kepong dulu tu..habis hangus semua. Lepas beberapa hari insiden tu, terus wat baru siap ada wall mcm kubu lagi tempat ni.

 
Ni view dari bumbung..siap naik atas bumbung diorang ni bwk. Sebelah sungai je, kalu korang ingat cite bkt kepong, kat area ni gak tempat diorang shooting. Sg ni la yg selamatkan polis yang lari dari komunis time tu.

 
Ni bangunan muzium tu. Tapi yang bawah je boleh guna, yg atas dh xbole digunakan atas sebab keselamatan. Masa kat sini, dpt la tgk ramai gak pelancong singgah tgk tempat ni. Tp apesal xde wat maintenance. Sayang betul lah..student pun ramai yg datang wat research kot. Yang datang sume terkejut sbb tempat ni mmg menyedihkan mcm cite dia gak la.


 
Ni dalam muzium tu. Kecik je. Cerite pasal tragedi bkt kepong tu ada dicerikan through gambar2 tapi yang selebihnya mcm bahan sejarah pasukan polis secara general. Sebabnya, xde satu pun barang yang dapat diselamatkan time kalah lawan komunis tu.

 
Ni serba sket sejarah peristiwa tu la..mmg sedih lg2 kalu korang tgk dulu cerita dia sebelum sampai sini.

 
Kalau dtng sini jumpa la ada sorang polis yang jaga muzium ni..Mcm2 cite korang boleh dgr drpd dia..Sejarah Bkt Kepong samapi la ke cite seram sejuk pasal tempat ni..ye la ramai yang terkorban kat tempat ni.Kubur mereka yang terkorban ada kat area masjid depan balai ni.

Al-Fatihah untuk mereka.

 
Semalam dgr kat berita kawasan ni dilanda banjir lg..tgk dlm berita tu mcm teruk gak. Tempat ni mmg slalu dilanda banjir. Tulisan Merah tu tunjukkan banjir yang paling tinggi penah melanda balai bkt kepong ni. Tinggi gak tu tp tu sebelum banjir yang melanda Johor baru2 ni.
Hopefully pihak yang berkenaan dapatlah menjaga tempat ni sebaik mungkin. Bagi saya, peristiwa bukit kepong ni mmg sedih tapi melihat keadaan skang ni bertambah sedih plak jadinya. (si DIA)

Pulau Sipadan – 1st Entry!!

Hahaha Yess!! Finally dapat gak peluang nak menulis kat blog ni. Ooops mesti korang x paham kan..Ce korang tengok title blog ni..Saya & Dia kn? Ehem kali ni yang menulis adalah si DIA ;-).
So 1st entry yg nak dikongsi kat sini bout Pulau Sipadan Sabah. Sebenarnya entry yang si DIA tulis bukanlah holiday trip. Jez trip sampingan masa kerja outstation. G sini pun sebenarnya last year. Amek gambar je lebih xtau nak letak mana so memandangkan si SAYA ada blog, apalagi tumpang sekaki la..A big hug to you my wife..hehe.

Ok back to the point. Last year ada g outstation ke Tawau ngan Samporna & masa outstation ni kadang-kadang dpt offer untuk jalan2. This time ke Pulau Sipadan, Sabah. Jeti ke Pulau Sipadan ni ada kat Semporna. Semporna ni mcm perkampungan nelayan & penduduknya ramai Bajau Laut. 

 Gambar ni view dari hotel tapi dh xingat nama hotel dh la..Ikan yg diorang jual ni fresh2 & besar2 gak woo…

 Semporna ni pulak memang kat tepi laut & rumah banyak style atas air.

Masa perjalanan ke Pulau Sipadan ni bergantung kat bot apa yg korang naik..kalau bot tu laju, cepat la sampai. Haritu naik bot besar n lempi so amek masa 1 jam 30 min gak la..

 Asap bot berkepul-kepul..Pencemaran betul lah..

 Ni bukan Sipadan tapi tertarik plak tgk pulau ni..kecik je, siap ada org  picnic kat situ padahal tgh laut ni..

 
Yeay dh sampai..Ni la Pulau Sipadan. Kecik je & nak masuk sini kene ada kelulusan & bayar kat Jabatan Hutan kot (lupa sbb aku xbyr pun..hehe ) sbb ada kuota berapa orang je boleh ada atas pulau ni satu2 masa. Bot besar kitorang stop jauh sket dari pulau ni (takut pencemaran ngan coral boleh rosak bot besar sgt) & bot kecik yang memang ada kat pulau ni amek ktorang.

 
Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.-wikipedia

 
Tapi jgn expect pape la kalau korang  jez duduk kat atas pulau ni..Kat atas pulau ni ada bangunan kayu ni je. Yg cantiknya kat bawah, tgk coral, ikan2..kena ada lesen dive la plak.

Tahun 2009, air sampai setakat anak panah tu je, baru je setahun tgk la. Bwh ank panah  yang ada tompok hitam tu bekas tapak rumah askar yang duduk kat situ. Pulau Sipadan ni bentuk dia mcm Cendawan, bersambung kat dasar. Diorang cerita, xlama lg pulau ni mungkin akan tenggelam sepenuhnya atau patah batang dia yang mcm cendawan tu sbb ada researcher yang wat kajian kata ada ‘crack’ kat batang pulau ni.Kalu korang berdiri atas pulau ni mesti akan rasa bergoyang-goyang ikut alunan air laut ni..scary gak kdng2..huhu

 
Tapi korang tgk air dia memang jernih..nampak la ikan yang lalu lalang..superb lah!

Ha kat atas pulau ni ada bangunan mcm ni je..haha teruk kan..Askar je yang bole overnight kat atas ni..diver, pelancong kena balik kul 6pm rasanye. Xbole la nk wat camping ke kat sini.Askar ni jaga pulau ni sbb kes Tuntutan Indonesia ke atas pulau ni ngan Pulau Ligitan dulu.

papehal pun, sape yang ada lesen diving mmg wajib dtg sini. Tp kalu nk snorkeling pun boleh tp kat tepi2 pulau ni je la. Ada beberapa pulau lain yang cantik & bole bermalam kat situ mcm kat pulau mataking. Tapi xde pics sbb tertido time balik tu..hahaha. (by si DIA.)