Thursday, October 4, 2012

Shopaholic trip to Singapore

dah tahun gajah baru nak cite trip ke Singapore kan..ni la natijahnye..gatai sgt nak vlog, rajin sangat update kan. alkisahnya mmg dah lama teringin nak jenguk negara di landa todak ni. tapi ada saje halangan dan kekangan waktu. masa ni pegi sbb most of my friends ckp The Great Singapore Sale mmg bole buat pompuan meroyan kat tgh2 orchard road tu. dengan berbekalkan nasihat shopaholic sekalian, aku paksa laki aku amik cuti Jumaat dan terus gerak ke JB Jumaat subuh sepe'i. 

this is a very short trip sbb pegi pon weekend. jumaat kami stay di JB (Msuit Hotel) dan bergerak ke Singapore pada Sabtu pagi. mulanya kami nak ke Singapore dengan bas. tp receptionist di Msuite yang sangat peramah tu sarankan kami ambil teksi terus ke stesen teksi Roncho di Singapore. bila tanya harga tak la mahal mane cuma RM60 (sehala) shj. disebabkan kes kesihatan kaki yang tak berape mengizinkan, hubs terus amik teksi sbb xpayah naik turun CIQ. cume duduk diam2 dalam teksi, drive through kaunter imigresen Malaysia & Singapore dan terus sampai ke destinasi dalam masa lebih kurang 1 jam (+- jammed di CIQ). sampai2 je kami amik MRT terus check-in Hotel. [buat mase ni aku mmg lupe nama hotel ni. akan ku update setelah mengingatinya nanti]
agenda utama datang tentulah nak shopping sawan2 kan. lepas check-in je terus cari makan and jalan2 di Suntec Converntion Centre. kebetulan ada macam2 sale waktu ni, luxury bag, sports item and macam2 lagi. habis cuci mata, terus ke orchard road. mulakan langkah dan hantar wang2 yang ada di pusat2 memberli belah sepanjang jalan. weeehuuuuu...
ok la nanti2 aku cite ape hasil rembatan aku di sana. heheh. lepas jalan2 meroyan tgk kiri kana sale yang bole la murah daripada KL kami balik hotel jap. solat dan keluar semula ke Bugis Street untuk makan tengahhari. 

sepertimana yang telah diketahui ramai, Singapore mmg terkenal habis dengan Murtabak kegilaan ramai iaitu Murtabak di resto ZamZam yang dekat jek ngan Bugis Street ni. uih ramai uolls kat dalam tu and 50% mmg org kita. hamboi cam kenduri ha. tekujat jugak la sbb tgk murtabak tu bapak besau. haha dah macam lap meja dah aku tgk tapi mengiurkan #mulut berair#
 sedapnye di kala ni rase nak kuar g mamak hj tapah

ok. dah kenyang, recharge dan bertenaga. terus ke Marina Bay Sand sbb nak tgk ape best sangat yg ade kat sane. mmg dr petang ramai amat lepak2 kat situ sbb nak tgk sunset dan bangunan2 hi-rise Singapore pada waktu malam. em, boleeee la layan. lagi layan kalau dapat tote bag LV tu (boo bulan 12 hek hehe). so weolls lepak sampai malam, penat balik hotel tido dengan nyaman (sbb dapat beli correlle kat TANGS dengan harga masa gumbira {happy Hour}).wink*
so, ahad pagi weolls check-out and terus ke stesen teksi and balik ke JB. FYI caj balik mahal sket sbb kite kene baya dengan SGD. tak silap dekat RM100 (sehala). xkesahla janji terus sampai xpayah nak naik turun tangga. 

oh! tunggu hasil tangkapan next N3 ek.

6 comments:

  1. Hamboiii...short trip pon happening nampak! Tak sabar nak tengok hasil tangkapan

    ReplyDelete
  2. heheh.... xsaba gak nk g lagik ni... nak beli teacup correlle plak 8-)

    ReplyDelete
  3. amboi bestnya shopping sampai ke seberang

    ReplyDelete
  4. sekali sekala shopping mmg bole wat meroyan! hehe 8-)

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. kene repeat trip semula... boxing day maybe? heheh

      Delete